PILIHANRAYA Kecil Parlimen Hulu Selangor mungkin melibatkan hanya 63,000 pengundi tetapi keputusannya mencerminkan kepercayaan rakyat keseluruhannya terhadap keadaan politik masa.
PRK ini mungkin menjadi kayu ukur sejauhmana kepercayaan rakyat terhadap PR yang akhir-akhir ini dilanda kegawatan -- baik dari segi moral pemimpinnya, keupayaannya untuk memimpin serta kelicikan mereka bermain politik.
Sejak kes liwat Anwar Ibrahim, pengisytiharan "kebebasan" beberapa ahli parlimen dan Adunnya, serta pendedahan permainan strategi politik mereka untuk mencemarkan nama pemimpin negara, secara kasarnya dilihat kredibiliti pakatan itu tergugat.
Bagaimanapun itu hanya anggaran kasar, PRK Hulu Selangor adalah kayu ukur untuk melihat sejauhmana kredibiliti pakatan terancam oleh peristiwa-peristiwa itu. BN pastinya akan menggunakan segala "fire power" untuk memastikan kemenangan di kawasan ini.
Jika tewas, ia dapat dibaca sebagai kegagalan kejadian-kejadian itu menggugat kepercayaan rakyat terhadap pakatan, dan pemimpin BN mesti bekerja lebih gigih untuk meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan rakyat terhadap barisan itu.
Tetapi, kemenangan atau kekalahan BN juga bergantung kepada pemilihan calon untuk bertanding di kawasan itu. Tidak dapat dinafikan, G. Palanivel pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen di kawasan itu selama dua penggal. Bagaimanapun kekalahannya bukan sebab perkhidmatan yang kurang baik, ia disebabkan faktor komposisi kaum.
Daripada 63,539 pengundi, 53.9 peratus adalah pengundi Melayu, diikuti dengan kaum Cina 26.7 peratus dan India 19 peratus. Memang jika didebatkan UMNO tidak akan dapat menawan 100 peratus pengundi Melayu, tetapi MIC juga tidak akan dapat menawan 100 peratus pengundi India.
Ada portal berita yang meramalkan jika lima peratus pengundi berubah arah, bererti BN akan menang. Pada bacaan aku pulak jika MIC terus meletakkan calonnya dan Pakatan meletakkan calon Melayu, keputusan pilihanraya 2008 akan berulang semula.
Henry Ford pernah berkata mereka yang enggan belajar sejarah akan pasti mengulangi kesilapannya, dan BN selalunya tidak pernah lupa sejarah kecuali antara masa selepas pentadbiran Dr Mahathir Mohamad dan sebelum Najib Tun Razak, UMNO seolah-olah lupa sejarah dan melakukan pelbagai kesilapan.
Aku pasti setiap ahli UMNO mahukan kemenangan di Hulu Selangor apatah lagi dalam PRK sejak PRU12 ini BN masih jauh ketinggalan di belakang Pakatan. Ini adalah masa paling baik buat BN, terutama UMNO untuk membuat "comeback" yang kuat, dan melemahkan pakatan.
Ramai yang percaya UMNO tidak boleh bergantung kepada pihak ketiga tetapi mesti membuat keputusan yang tegas. Kegagalan UMNO untuk bersikap tegas dan memperingatkan yang lain tentang kenyataan dan kepaduan kuasa parti itu dalam BN, mungkin akan menjadikan UMNO seperti PAS dalam pakatan.
Kita mengkritik PAS sebagai pak turut dalam pakatan tetapi jika UMNO terus juga beralah terlalu banyak kita akan menempa nasib yang sama. Terpulanglah kepada kebijaksanaan pemimpin UMNO untuk bermadah dan berhelah bagi memastikan calon parti itu bertanding di Hulu Selangor.

AKU CADANGKAN CALON MP HULU SELANGOR ADALAH ZAMBRY ABDUL KADIR SEBAB DIA MAKHLUK MELAYU CAMPUR INDIA. ITU LEBIH BAIK
ReplyDelete