Wednesday, March 31, 2010

SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK: DR. ZAMBRY MB SEBELUM NIZAR?

Ini muka samseng yang cuba menyerang Dr Zambry di dalam Dewan Undangan Negeri. Apa kita nak buat dengan samseng ini????

AKHIRNYA pendedahan secara terbuka, Dr Zambry pernah ditawar jadi Menteri Besar oleh seorang "pemimpin besar" PKR jika dia lompat menyertai Pakatan Rakyat. Sebenarnya cerita ini pernah diceritakan kepada aku, sebelum aku menjawat jawatan sekarang.

Ketika BN tewas selepas pilihanaraya 2008, pakatan sebenarnya tandus pemimpin. Tidak ada siapa yang layak menjadi Menteri Besar. Ketika itu, seorang pemimpin besar PKR yang juga rakan lama Dr Zambry, menelefon beliau dan menawarkan jawatan Menteri Besar jika dia lompat keluar.

Namun, orang itu silap menilai Dr Zambry. Tawaran itu ditolak, dan bak kata YB Jamaludin Adun Behrang, ketentuan Allah menentukan juga kerusi itu hak Dr Zambry.

Jadi janganlah si Nizar Lambai mendabik dada kerana dia bukan pilihan utama Pakatan untuk jawatan MB. Dia hanyalah second choice, pilihan kedua untuk jawatan itu. Patutlah kelakuannya, tingkahnya dan perwatakannya jenis kelas kedua! Dan si Lambai ni takda kelas langsung.

Sedar-sedarlah diri Nizar kau tu boleh jadi MB BONEKA DAP jer. Malah tadi tiga Adun PAS yang lain tak buat kecoh. Yang kecoh hanyalah Nizar Lambai dan Idham Lim. Idham ni memang dijangka buat kecoh kerana dia adalah ajen DAP dalam PAS Perak dan tugasannya memantau PAS supaya ikut telunjuk DAP.

Sebab itu yang paling rapat dengan Nizar ialah Idham!

0 comments:

Post a Comment