AKU menghabiskan masa di rumah hari ini. Alisya demam. Tekaknya merah, mungkin sebab jangkit dengan adiknya Areena yang baru kebah. Minggu lepas Alisya dilanggar motor, sebab menyeberang jalan tak tengok kiri dan kanan.
Mungkin jugak demamnya sebab masih terkejut dengan peristiwa minggu lepas. Seperti biasa si Abang keluar. Tengok wayang dengan teman, katanya.
Sekurang-kurangnya karenah anak-anak dapat menenangkan fikiran ini. Semalam (Sabtu) aku hadir mesyuarat agung DPMM Perak. Aku tidak memihak ke mana-mana, samada Dato' Don ataupun Dato' Shalimin.
Yang penting bagi aku ialah DPMM Perak dapat terus berjuang. Aku di antara orang yang bertanggungjawab menghidupkan semula DPMM Perak 15 tahun lalu. Jadi pertubuhan ini agak sentimental bagi aku. Ia adalah di antara "task" pertama aku bila balik ke Perak dulu.
Bersama dengan Dato' Hamdan Hazizi, Dato' Yahya Shafei, Dato' Al Amin serta Dato' Don dan Pak Duan kami hidupkan semula DPMM Perak. Semalam pada aku DPMM Perak mengambil langkah ke belakang dengan membelakangkan perlembagaan "menghalang" orang bertanding.
Aku minta maaf kalau pendapat aku tak dipersetujui oleh pihak-pihak tertentu, tetapi surat Dewan Pusat dah jelas membenarkan Dato' Shalimin bertanding. Aku bukan menyokong Ketua UMNO Taiping itu begitu juga bukan menentang Dato' Don, sebab aku "neutral".
Yang aku nak sentuh ialah cara ia ditadbirkan. Apa-apa pun perlembagaan mesti diutamakan kerana melanggarnya memungkin DPMM Perak digantung lagi macam dulu.
Aku jugak nak sentuh cara kempen pemilihan dibuat. Ia terlalu personal sehinggakan disebabkan pertandingan ini kawan-lawan-kawan. Sebab pertandingan kawan-kawan dah tak boleh duduk semeja. Teras kedua-dua belah pihak adalah ahli-ahli yang menghidupkan DPMM Perak 15 tahun dulu.
Inilah kumpulan yang mempertahankan DPMM Perak setiap kali diserang "anasir-anasir" tidak sihat. Malangnya kali ini, kumpulan ini berpecah dua dan ianya pasti melemahkan badan ini.
Tidakkah ada jalan lain untuk mengelakkan dewan berpecah? Tidakkah kita belajar dari sejarah?
Gambar: Ahli-ahli DPMM Perak yang hadir mesyuarat.

Salam ziarah.
ReplyDeleteTuan mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/