Wednesday, April 21, 2010

KAKI BOTOL, KAKI BONTOT DAN SUP KAKI

BUKAN senang nak jadi pemimpin. Lebih senang jadi pengkritik.

Itu sebabnya ada lebih ramai pengkritik filem dari pembikin filem. Dulu ada satu pengkritik filem yang mengkritik pembikin filem satu Malaya. Semua orang filem buat filem tak betul, takda kualiti dan takder kelas. Tapi bila dia buat filem, hancus. Malangnya dia salahkan penerbit yang kononya bajet buat jamban suruh buat rumah banglo.

Tapi itu dunia "glamour" filem.

Dalam dunia politik pulak, kalau tak sanggup tahan nafsu, jangan cuba jadi pemimpin politik ataupun calon pilihanraya. Kalau businessman boleh togok whiskey sepuluh botol satu malam takda yang nak heboh. Kalau bising pun bini di rumah yang tengok suami tunggang-langgang, mabok.

Kalau businessman main kuda -- bela dan berjudi, dia akan dikatakan hebat sebab mampu bermain dengan permainan "berdarjat". Belalah seratus ekor kuda dan berjudilah di gelanggang kuda seantero dunia pun, tak ada siapapun ambil peduli.

Begitu juga kalau naluri seks di luar tabiee. Kalau si pembontot itu, bukan pemimpin yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri, lantaklah kau. Tu berlambak-lambak homoseksual dan biseksual di Hollywood, dan di luar sana, takda saper pun nak tahu. Suka hati kaulah, nanti dalam kubur lu cerita!

Masalahnya bila ada pemimpin hebat yang bermain-main dalam sektor-sektor yang disebutkan tadi. Mereka kena faham ini bukan Amerika atau negara-negara barat, yang minum arak itu satu budaya.

Ini Malaysia. Ugama rasminya Islam. Arak, judi dan berjubur itu haram hukumnya. Tak kiralah datang dari parti apa pun. Mungkin kalau DAP itu lain sikit hukum-hakamnya sebab parti ini tak pernah hormat Islam sebagai agama rasmi.

Tapi budaya dalam DAP itu nampaknya dah menular ke dalam PKR. Mungkin itulah sebabnya, akhir-akhir ini berduyun-duyun pemimpin dan ahlinya berubah arah. Harap-harap PAS yang mengaku parti Islam dan lebih Islam dari bukan ahli parti itu dapatlah nasihatkan PKR dan DAP.

Sayangnya di Perak, lain pulak ceritanya.

Bukannya PAS nasihat dan kawal DAP, tapi kalau dinilai dari segi perangai Nizar Jamaludin, dia ni dah lebih DAP dari DAP. Bila DAP suruh lompat dia lompat. Bila DAP suruh terjun dia terjun. Bila DAP sembah lilin dia pun ikut serta. Maklumlah nak dapat jadi Menteri Besar dengan ehsan parti rasis itu.

Sebab itu Nizar tak peduli Sultan, dia lebih hormat Ngeh dari Tuanku. Tak percaya tengok perangai dia dalam Dewan Undangan Negeri!

Berbalik pada dua "kaki" tadi, agak-agak dua Tok Guru PAS -- Nik Aziz dan Hadi Awang boleh tak nasihatkan kaki-kaki botol dan kaki-kaki bontot ni. Iyalah sebelum nak "mengIslamkan" ahli-ahli UMNO dan memperbetulkan negara, bila menang Pilihanraya Umum 13 nanti, nasihat-nasihatlah rakan-rakan dalam pakatan tu.

Takkan nanti PAS nak ikut telunjuk kaki-kaki yang disebut tadi, dan sampai bila PAS nak jadi sup kaki jer! Kadang-kadang dah pasti nak rasa sup ekor dan sup lidah. Kan??

1 comments: