UPDATE:
Tadi masa sidang akhbar selepas mesyuarat exco, ada pemberita yang bangkitkan cerita-cerita di kalangan bloggers pro-pakatan. Blogs dan portal berita menyoalkan mengapa YB Dato' Hee Yit Fong dianugerahkan bintang.
Inilah mentaliti pembangkang. Menyoal kuasa Tuanku. Anugerah adalah atas perkenan Tuanku dan mengapa mereka berani mempersoalkan kuasa Tuanku?
YB Hee bukan macam Nizar dan Ngeh, dapat datoship tapi tidak menghormati Tuanku. Tidak salahlah tindakan NGOs yang meminta Tuanku menimbangkan semula bintang serta darjah dua manusia yang tidak berterimakasih ini.
Posting asal
HARI ini akhbar Sinar Harian edisi Perak melaporkan Adun Pantai Remis Nga Kor Ming menjerit tidak dijemput untuk hadir Majlis Keputeraan Sultan Perak di Istana Iskandariah.
Dia dilaporkan berkata adun pakatan menyanjung tinggi institusi raja dan menaruh harapan terhadap istana sebagai payung keadilan kepada rakyat, tetapi mendakwa hak mereka dinafikan.
Inilah contoh Adun pakatan, cakap lain, buat lain. Aku nak kata mereka ini macam lidah biawak! Aku nak tanya penyokong siapa yang berbaring di hadapan kereta DYTM Raja Muda dulu? Siapa yang tak hormatkan Tuanku semasa sidang DUN 7 Mei dulu?
Dan pada sidang baru-baru ini, siapa yang buat "deq" serta menggunakan telefon bimbit masa DYTM Raja Muda bertitah?
Kalau dah perangai macam anjing, macamana nak dijemput untuk upacara rasmi. Kalau harijadi aku pun, pasti aku tak jemput orang yang tak hormat serta berperangai biadap! Mana tau kalau dia orang datang buat piket pulak serta demonstrasi macam sidang DUN lepas.
Aku pasti Nizar, Ngeh, Siva, Nga terutama Tai Sing Ng tak pernah kenal hormat pada Tuanku! Mereka akan gunakan apa saja platform untuk menyuarakan pandangan mereka walaupun tidak sesuai dengan masa dan tempat.
Terbukti sudah mereka ini tidak menghormati Dewan Undangan Negeri, dan apakah pihak berkuasa akan ambil risiko menjemput mereka yang biadap dan kurang ajar ini untuk majlis Keputeraan.
Bak kata Nabil Raja Lawak . . . lu fikirla sendiri!


0 comments:
Post a Comment