Saturday, May 29, 2010

SIAPAKAH YANG BERSALAH?

PARAH dan semakin parah. Itu kata seorang rakan tentang kemelut dalam MIC.

Walaupun Vell Paari minta maaf kerana menuduhJustify Full UMNO dan pemimpinnya yang menjadi punca kemelut dalam parti bapaknya, namun kerosakkannya sudah berlaku. Dulu bila seorang Ketua Bahagian UMNO, Datuk Ahmad Ismail mengusik sedikit, UMNO ditekan supaya mengambil tindakan terhadapnya.

Kini apakah tiada suara yang menyeru agar tindakan yang sama diambil terhadap ahli jawatankuasa kerja parti itu. UMNO terlalu banyak bersabar sehinggakan kegagalan parti komponen yang lain meraih sokongan bukan Melayu diletakkan dibahu UMNO.

Atas nama setiakawan, UMNO dan pemimpinnya berdiam-diri. Kita tidak mahu "menggoncang kapal" kerana mahu kestabilan dan keamanan. Malangnya sikap tolak ansur ini mungkin dipandang sebagai kelemahan UMNO.

Jika dilihat pada keputusan PRU12, UMNO tidak kalah banyak hanya komponen Barisan Nasional sahaja yang kehilangan sokongan. Puncanya bukan UMNO. Komponen bukan-UMNO bukan sahaja sokongan dari bukan Melayu tetapi orang Melayu juga hilang sokongan. Inilah, misalnya Samy Vellu tewas di Sungai Siput, dan calon-calon MIC tewas di DUN Pasir Panjang, Behrang dan Hutan Melintang.

Orang Melayu sendiri hilang kepercayaan kepada keikhlasan mereka. Jadi janganlah menuduh UMNO menjadi punca mereka hilang sokongan.

Tidak dapat dinafikan UMNO juga perlu sokongan bukan Melayu, jadi tidak ada sebab UMNO menganak-tirikan mereka. Lihatlah senarai 40 terkaya di negara ini, kira betul-betul berapa anak Melayu yang mendapat tempat dalam senarai itu?

Bolehkah mereka menduduki senarai ini jika orang bukan Melayu di aniaya? Rasional ini mungkin berbunyi bodoh dan telah "dijawab" berkali-kali oleh golongan antoganist Melayu tetapi ia adalah rasional yang paling logik dan sukar untuk disanggah.

Dan apabila Anwar Ibrahim atas sebab politik mahukan DAP jadi timbalan perdana menteri maka parahlah lagi orang Melayu! Jika dalam keadaan begini pun orang Melayu ketinggalan apatah lagi bila pakatan memerintah tanahair ini, pasti jatuhlah lagi orang Melayu, ke belakang dan terus ke belakang. Yang untung hanyalah Anwar yang akan jadi PM dan Nizar Jamaludin agaknyalah!

0 comments:

Post a Comment