ANGIN bertiup kencang. Orang kanan Anwar Ibrahim, Azmin Ali dikatakan hanya selangkah lagi menduduki kerusi Menteri Besar Selangor. Kawan-kawan dalam media dah siap sedia, analisis berita pun dengarnya dah dibuat.Anak kelahiran Singapura ini, memang punya cita-cita besar. Bermula dari pegawai khas kepada Anwar di Kementerian Pelajaran (Pendidikan ketika itu), adalah antara pengasas PKR. Permasalahannya dengan Khalid Ibrahim adalah rahsia terbuka. Seperti biasa Anwar buat-buat tak nampak, kerana Azmin mempunyai kekebalan dengan Anwar.
Tanyalah bekas pegawai mantan timbalan Perdana Menteri itu atau pemimpin PKR, Azmin punya kuasa sakti dengan Anwar. Apa kata Azmin itulah kata Anwar. Keupayaan Khalid untuk bertahan jadi Menteri Besar Selangor selama ini adalah suatu keajaiban kerana kerusi itu adalah idaman Azmin.

Apabila dia meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKNS, kilang-kilang khabar angin mula bertiup kencang mengatakan Anwar akan "menggerakkan" satu strategi untuk "menaikkan" Azmin.
Perlantikannya sebagai pengerusi PKR Selangor mendekatkan lagi cita-cita Azmin. Tahniah Azmin Ali!
Perlantikannya sebagai pengerusi PKR Selangor mendekatkan lagi cita-cita Azmin. Tahniah Azmin Ali!

0 comments:
Post a Comment