Tuesday, June 1, 2010

ROBOHNYA KAFE DO RE MI DI PULAU PINANG

HANCURLAH lagi satu hak milik orang Melayu di Pulau Pinang. Utusan Malaysia dalam muka depannya hari ini memaparkan cerita sedih Kafe Do Re Mi di pulau milik DAP itu. Mungkin ceritanya pendek, mungkin ianya hanya sekilas pandang, tetapi ianya impak besar kepada bangsa Melayu.

Apakah kafe yang dibina atas pokok itu menghalang lalulintas seperti mana peniaga-peniaga bukan Melayu yang berniaga di bahu-bahu jalan di tengah-tengah kota Pulau Pinang?

Takkan kafe atas pokok ini mempunyai kesan negatif seperti itu, dan mengapa peniaga-peniaga bukan Melayu yang tidak teratur, menghalang lalulintas serta menganggu kelancaran trafik terus diizinkan berniaga, sedang peniaga Melayu dihalang dan "dihapuskan" sebegini rupa.

Bagi Melayu-melayu yang masih tidak sedarkan diri di Perak Darul Ridzuan ini bukalah mata dan lihatlah bagaimana sesebuah negeri kalau DAP atau konco-konconya, iaitu PAS dan PKR, yang memerintah.

Orang Melayu akan disisihkan perlahan-lahan seperti mana regim Zionis Israel menyisihkan rakyat Palestine.

PKR dan Anwar Ibrahim hanyalah perkakasan semata-mata. Anwar yang satu ketika dahulu pada era UMNO-nya merupakan pembela Melayu nombor satu di pulau Mutiara itu kini hanyalah jadi "boneka" sahaja tanpa apa-apa kuasa untuk membela Melayu.

Samalah seperti Nizar Jamaludin di Perak. Bayangkan Anwar yang dulunya hebat hanya jadi tunggul kayu apatah lagi orang seperti Nizar. Patutnya kita bersyukur kerana tragedi seperti ini tidak berlaku di Perak kerana peralihan kuasa setahun lepas. Kalau tidak pasti peniaga-peniaga Melayu akan terkorban juga.

Nasib Melayu Pulau Pinang sekarang macam telor di hujung tanduk walaupun negeri ini pernah melahirkan seorang Perdana Menteri dan dua timbalan PM. Mungkin kita kena buat misi menyelamat Melayu Pulau Pinang seperti yang kita lakukan untuk rakyat Palestine di Gaza!

1 comments:

  1. Fitnah ni. Orang ni dah dibayar oleh UMNO. Dia bukan sokong PKR pun. Tipu tu.

    Arab nations should have nuclear arms.

    ReplyDelete